Wednesday, July 21, 2010

Budaya Melayu-Adab

Budaya Melayu-Adab


Mungkin ramai orang yang akan tau tentang makna adab tetapi adab bukan sahaja tentang perangau kita tetapi mengenai corak budaya masyarakat.


Jika masyarakat melayu selalunya tidak mempedulikan adab mereka,masyarakat lain seperti cina dan kaum lain akan memandang rendah terhadap orang melayu.Adab yang saya akan memperkenalkan ialah adab resam.


ADAB RESAM MASYARAKAT MELAYU

KELAHIRAN

Anak atau zuriat adalah kurniaan Tuhan tidak ternilai bagi pasangan suami isteri.Setiap anak yang dilahirkan ada keistimewaannya jadi mereka harus bersyukur dengan kurnian seorang anak.Bagi wanita yang melahirkan ank ada beberapa adat-adat yang harus diamalkan.Seperti melenggang perut sewaktu mengandung.Memotong tali pusat selepas kelahiran seorang bayi.

Mengazankan bayi itu supaya bayi itu dapat tahu bahawa bayi itu ialah seorang islam.Wanita yang telah melahirkan bayi itu akan melalui tempoh pantang dan mereka tidak digalakkan untuk membuat banyak pergerakkan.Selepas itu,ibu bapa bayi itu akan memberi nama kepada anak mereka dan akan cukur rambut mereka.Ini dilakukan tujuh hari selepas bayi itu dilahirkan.Pada hari itu bayi itu akan memakai pakaian yang cantik dan akan di alas kan dengan tilam atau didukung oleh bapa atau datuknya.
Adab resam melayu harus dilakukan sehingga kini untuk mengekalkan adab kami.Walaupun masa kini sudah menjadi lebih moden,mereka yang muda harus ingat tentang adab ini.

No comments:

Post a Comment