Friday, July 23, 2010

Permainan Tradisional Melayu



CONGKAK




Permainan congkak amat digemari oleh orang dewasa pada zaman dahulu.Congkak dibuat daripada papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji getah,biji guli dan lain-lain.Di utara semenanjung dipanggil Jongkak.




Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,tetapi masih tidak pasti jika permainan ini diperkenalkan oleh orang Melayu ataupun pedagang.Congkak biasanya diperbuat daripada batang kayu besar yang diukir seperti perahu.Lubangnya sebesar 9sm ditebuk di atas permukaan papan tersebut.Sekiranya permainan congkak di tanah,lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.Lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain atau dipanggil kampung.Pada penghujung kanpung terdapat sebuah lubang besar dan ia dinamakan rumah.Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima,tujuh atau sembilan sebaris.Kampung-kampung ini diisi dengan buah congkak sama banyak.


Congkak boleh dimain dengan dua orang sahaja.Permainan congkak boleh dimulakan oleh kedua-dua pihak serentak.Gerakkan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berenti,sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.


Setelah tamat pusingan pertama,setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah,ia dianggap terbakar.Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua,ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.


Teng-Teng

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting.Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki.Ini mungkin desebabkan permainan ini tidak begitu lasak serta ia tidak perlu begitu banyak tenaga dan hanya memerlukan gelanggang yang kecil sahaja.


Gelanggang ini digoreskan di atas tanah sahaja tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan.Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang di setiap gelenggang.Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
Bagi memulakan permainan ini,pemain harus mecampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak ,begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama.Jika gundu tidak masuk kedalam petak yang ditentukan atau dikeluarkan dan akan hilang giliran.Permainan ini membawwa kembali banyak nostalgia dan hingga kini permaian ini dapat dijumpa di sekolah rendah sahaja.Harap-harap permainan ini akan tetap disukai oleh kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment