Monday, July 26, 2010

Perkahwinan

Perkahwinan

AKAD NIKAH


Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesasihahan sesuatu perkahwinan.Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja,mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui pleh kedua belah pihak.Akad nikah boleh dilakukan di masjid ,di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.Di dalam upacara akad nikah,bapa pengantin perempuan perlu menjadi wakil untuk menikahkan anaknya.
Pengantin lelaki akan mengenakan pakaian yang berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan.Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki,majlis berzanji atau pukulan kompang akan diadakan.Cara upacara akad nikah ini akan dilakukan ialah pengantin lelaki harus lafazkan nikkah sambil berjabat tangan dengan tok kadi atau imam dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya.Sakasi akan mengesahkan samada lafaz tersebut berpuas hati kepada semua pihak.Doa selamat akan dibacakan sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.Si suami akan menyarungkan cincin atau memakai rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang hias diindah sambil keduanya bersalaman.Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

No comments:

Post a Comment