Monday, July 26, 2010

Perkahwinan

Perkahwinan

AKAD NIKAH


Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesasihahan sesuatu perkahwinan.Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja,mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui pleh kedua belah pihak.Akad nikah boleh dilakukan di masjid ,di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.Di dalam upacara akad nikah,bapa pengantin perempuan perlu menjadi wakil untuk menikahkan anaknya.
Pengantin lelaki akan mengenakan pakaian yang berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan.Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki,majlis berzanji atau pukulan kompang akan diadakan.Cara upacara akad nikah ini akan dilakukan ialah pengantin lelaki harus lafazkan nikkah sambil berjabat tangan dengan tok kadi atau imam dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya.Sakasi akan mengesahkan samada lafaz tersebut berpuas hati kepada semua pihak.Doa selamat akan dibacakan sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.Si suami akan menyarungkan cincin atau memakai rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang hias diindah sambil keduanya bersalaman.Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

Friday, July 23, 2010

Permainan Tradisional Melayu



CONGKAK




Permainan congkak amat digemari oleh orang dewasa pada zaman dahulu.Congkak dibuat daripada papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji getah,biji guli dan lain-lain.Di utara semenanjung dipanggil Jongkak.




Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,tetapi masih tidak pasti jika permainan ini diperkenalkan oleh orang Melayu ataupun pedagang.Congkak biasanya diperbuat daripada batang kayu besar yang diukir seperti perahu.Lubangnya sebesar 9sm ditebuk di atas permukaan papan tersebut.Sekiranya permainan congkak di tanah,lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.Lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain atau dipanggil kampung.Pada penghujung kanpung terdapat sebuah lubang besar dan ia dinamakan rumah.Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima,tujuh atau sembilan sebaris.Kampung-kampung ini diisi dengan buah congkak sama banyak.


Congkak boleh dimain dengan dua orang sahaja.Permainan congkak boleh dimulakan oleh kedua-dua pihak serentak.Gerakkan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berenti,sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.


Setelah tamat pusingan pertama,setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah,ia dianggap terbakar.Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua,ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.


Teng-Teng

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting.Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki.Ini mungkin desebabkan permainan ini tidak begitu lasak serta ia tidak perlu begitu banyak tenaga dan hanya memerlukan gelanggang yang kecil sahaja.


Gelanggang ini digoreskan di atas tanah sahaja tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan.Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang di setiap gelenggang.Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
Bagi memulakan permainan ini,pemain harus mecampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak ,begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama.Jika gundu tidak masuk kedalam petak yang ditentukan atau dikeluarkan dan akan hilang giliran.Permainan ini membawwa kembali banyak nostalgia dan hingga kini permaian ini dapat dijumpa di sekolah rendah sahaja.Harap-harap permainan ini akan tetap disukai oleh kanak-kanak.

Wednesday, July 21, 2010

Budaya Melayu-Adab

Budaya Melayu-Adab


Mungkin ramai orang yang akan tau tentang makna adab tetapi adab bukan sahaja tentang perangau kita tetapi mengenai corak budaya masyarakat.


Jika masyarakat melayu selalunya tidak mempedulikan adab mereka,masyarakat lain seperti cina dan kaum lain akan memandang rendah terhadap orang melayu.Adab yang saya akan memperkenalkan ialah adab resam.


ADAB RESAM MASYARAKAT MELAYU

KELAHIRAN

Anak atau zuriat adalah kurniaan Tuhan tidak ternilai bagi pasangan suami isteri.Setiap anak yang dilahirkan ada keistimewaannya jadi mereka harus bersyukur dengan kurnian seorang anak.Bagi wanita yang melahirkan ank ada beberapa adat-adat yang harus diamalkan.Seperti melenggang perut sewaktu mengandung.Memotong tali pusat selepas kelahiran seorang bayi.

Mengazankan bayi itu supaya bayi itu dapat tahu bahawa bayi itu ialah seorang islam.Wanita yang telah melahirkan bayi itu akan melalui tempoh pantang dan mereka tidak digalakkan untuk membuat banyak pergerakkan.Selepas itu,ibu bapa bayi itu akan memberi nama kepada anak mereka dan akan cukur rambut mereka.Ini dilakukan tujuh hari selepas bayi itu dilahirkan.Pada hari itu bayi itu akan memakai pakaian yang cantik dan akan di alas kan dengan tilam atau didukung oleh bapa atau datuknya.
Adab resam melayu harus dilakukan sehingga kini untuk mengekalkan adab kami.Walaupun masa kini sudah menjadi lebih moden,mereka yang muda harus ingat tentang adab ini.

Friday, July 2, 2010

Budaya Melayu-MakananTradisional



Makanan Tradisional




Makanan tradisional melayu memang banyak .Ada yang boleh dijumpai di tempat gerai makanan mana-mana.Ada terdapat beberapa makanan Melayu tradisional yang sedap-sedap belaka seperti rendang,asam pedas dan macam-macam.




Rendang boleh dijumpai semasa hari raya.Tetapi sekarang rendang boleh dijumpai dimana-mana sahaja.Bahan utamanya ialah santan.Ia boleh dimakan dengan ketupat,nasi atau pulut kuning.Makanan rendang ini dimasak mula-mulanya di tahun 1550.Ia sedap dimakan dan susah untuk dibuat.Ia memakan masa yang panjang untuk memasak rendang hingga dagingnya benar-benar empuk.Resepinya ada dibahagian kanan .



Asam pedas ialah makanan yang amat digemari sesiapa yang suka memakan makanan yang pedas seperti ini.Asam pedas boleh dimasak dengan ikan pari,ikan tongkol ataupun ikan merah.Asam pedass memang sedap dimakan dengan nasi ataupun roti.Asam pedas amat degemari remaja yang suka makanan pedas.Sedap rasanya jika dimasak oleh ibu sendiri:)

Thursday, July 1, 2010

Budaya Melayu-Pakaian Baju Kurung



Budaya Melayu-Pakaian Baju Kurung






Pakaian ini tidak sah jika tidak dipakai pada Hari Raya.



Baju Kurung.

Seperti peribahasa ini"Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas."


Baju Kurung boleh dipakai oleh kaum Adam dan Hawa.Baju Kurung ialah pakaian tradisional Melayu.Bagi kaum Adam,mereka akan memakai baju kurung dengan memakai songkok.Kaum Adam akan kelihatan lebih segak dengan pakaian Melayu ini.Baju kurung boleh diperbuat daripada batik.

Kaum Adam akan memakai baju kurung bersama samping berbeza dengan Kaum Hawa.kaum Adam ada dua poket di baju mereka.Kaum Adam juga boleh memakai dengan capal.


Kaum Hawa pula ada bermacam fesyen untuk baju kurung.Ada baju kebaya,baju kurung fesyen.Tapi baju kurung lebih popular pada masa dahulu.Baju kurung memang senang untuk dibuat kerana baju kurung labuh dan senang untuk dipakai juga.Bahagian lehernya,tidak begitu lebar.

Kaum Hawa amat gemar untuk menggunakan kain sutera kerana ia lembut.Ada pelbagai kain yang sesuai untuk wanita tapi ada kain yang kasar dan ada yang berlabuci.Baju Kurung unutk kaum wanita amat sederhana untuk dipakai.Ia memang cantik juga.
Saya berharap fesyen untuk baju kurung akan kekal.

Wednesday, June 30, 2010



Budaya Melayu-Fesyen Pakaian Tudung




Terdapat banyak cara dan juga ada banyaj corak tentang tudung.Seperti tudung sekarang yang lebih moden dan juga berfesyen dan ada tudung yang berlabuci.Tetapi tudung-tudung tidak begitu popular dikalangan remaja-remaja sekarang.Seperti saya,ada yang belum bersedia untuk memakai tudung untuk masa kini.Ada yang berfikir bahawa tudung bukanya ada fesyen yang cantik untuk padankan dengan baju yang hendak pakai.


Tudung sebenarnya ada bemacam cara.Ada yang harus diikat dan boleh mengikut bentuk muka anda.Ada yang boleh sarung sahaja di kepala.Gambar ini adalah satu-satunya cara yang telah saya beritahu iaitu tudung yang mengikut reka bentuk muka anda.Walaupun ia susah untuk diikat dan harus berdandan lebih lama,tetapi hasilnya lumayan .

Budaya Melayu mengajar Melayu untuk memakai tudung untuk menutup rambut kita.Tetapi sekarang,wanita Melayu tidak memakai tudung mereka kerana ingin mengikuti cara orang barat.Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita dipermainkan.

Tetapi lama-kelamaan,wanita melayu sekarang faham erti memakai tudung.Walaupun memakai tudung kerana terpaksa,tetapi memakai tudung itu lebih baik kerana ia tidak mencemari kesucian memakai tudung.

Walaupun tudung tidak ada perkembangan fesyen tetapi masyarat Singapura tahu apa yang harus dipadankan dengan memakai tudung.Walaupun ia dengan jeans ataupun denagn skirt panjang.Asalkan kami mengikuti cara sebagai seorang muslim.

Tuesday, June 29, 2010

29 June

My first...no second time writing on a blog.Hahas lost my password for the previous one.
Second day of school and everything went perfectly fine.Just need to push myself forward to go for a better pace.I need to relax myself and enjoy this days.Hahas....im from NPCC and now im a cadet leader that leads the sec2 .Kekekeke...i like my sec2's alot and NPCC is fun:)
I get to meet new friends.For those NPCC cadets out there,hahas keep loving np!!!nothing much to say but tomorrow confirm got a lotto say but im taking part in competition,need to type in my malay language.Jiayous for me:)