Thursday, July 1, 2010

Budaya Melayu-Pakaian Baju Kurung



Budaya Melayu-Pakaian Baju Kurung






Pakaian ini tidak sah jika tidak dipakai pada Hari Raya.



Baju Kurung.

Seperti peribahasa ini"Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas."


Baju Kurung boleh dipakai oleh kaum Adam dan Hawa.Baju Kurung ialah pakaian tradisional Melayu.Bagi kaum Adam,mereka akan memakai baju kurung dengan memakai songkok.Kaum Adam akan kelihatan lebih segak dengan pakaian Melayu ini.Baju kurung boleh diperbuat daripada batik.

Kaum Adam akan memakai baju kurung bersama samping berbeza dengan Kaum Hawa.kaum Adam ada dua poket di baju mereka.Kaum Adam juga boleh memakai dengan capal.


Kaum Hawa pula ada bermacam fesyen untuk baju kurung.Ada baju kebaya,baju kurung fesyen.Tapi baju kurung lebih popular pada masa dahulu.Baju kurung memang senang untuk dibuat kerana baju kurung labuh dan senang untuk dipakai juga.Bahagian lehernya,tidak begitu lebar.

Kaum Hawa amat gemar untuk menggunakan kain sutera kerana ia lembut.Ada pelbagai kain yang sesuai untuk wanita tapi ada kain yang kasar dan ada yang berlabuci.Baju Kurung unutk kaum wanita amat sederhana untuk dipakai.Ia memang cantik juga.
Saya berharap fesyen untuk baju kurung akan kekal.

No comments:

Post a Comment